Sulit
2 tahun
Sakit di bahagian mata kan kepala
hi dr… saya selalu sakit di bahagian mata dan kepala… sakit itu berubah2 sekejap kiri dan sekejap kanan… kdang sakit itu boleh dirasai sampai 2-3 hari… tetapi sakitnya tidaklah teramat sakit… cuma menganggu aktiviti harian saya laa… bila saya makan panadol pon sakitnya tidak hilang… saya mempunyai rabun 375 dan silau 75… saya jarang pakai spek ketika sedang bekerja… kerja saya dari jam 9am-6pm memang mengjadap komputer sahaja… saya kerap memakai kanta mata (lens) ketika bekerja… tetapi sakit ini jarang2 lah berlaku cuma bila ianya belaku mengambil masa 2-3 hari untuk hilang. dan lagi satu bila sakit ini berlaku saya amat sensitif dengan cahaya apabila terlihat cahaya terasa lagi sakit di bahabian mata… boleh dr terangkan punca sakit saya ini adakah disebabkan saya ada silau tetapi tidak memakai spek ? atau disebabkan masalah kesihatan yang lain ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit mata dan kepala. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab sakit mata dan kepala, antaranya ialah:
- Jenis sakit kepala yang berbeza (Tension, Cluster, Migraine & Sinus)
- Glaukoma
- Sinusitis
- Tidak mempunyai alat mata yang betul
- Trauma
Namun lebih banyak maklumat diperlukan untuk menentukan punca kesakitan anda seperti umur anda, lokasi kesakitan yang tepat, menerangkan kesakitan (sakit yang tajam atau berdenyut) dan lain-lain.
Sekiranya masalah anda mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang segera dan tepat.
Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda .