
balqisbadrina29
4 tahun
Saya ada demam batuk dan selsema
Saya ingin bertanya ke doktor adakah ubat zinnat (250mg) sama jenis dgn ubat cetirizine (10mg) ? Dua jenis ubat ni ubat antibiotik ke? Dan blh kah saya makan kedua2 sekali dlm sehari? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Zinnat adalah sejenis antibiotik Cefuroxime yang biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Jangkitan saluran pernafasan atas dan bawah
- Jangkitan tisu kulit
- Gonorea
- Uretritis gonokokal
- Servisitis
Ubat Cetrizine pula adalah sejenis antihistamin yang biasanya digunakan untuk merawat masalah alergi.
Belum terdapat penemuan tentang reaksi buruk akibat penggunaan kedua ubat diatas. Justeru, untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih