syahrul.fikhrixx
2 tahun
Sel Darah putih banyak
Ibu saya berumur 58 tahun,menghidap kencing manis.Sebelum ini ibu saya sering letih dan selalu tidur,ibu saya mengamalkan ubat kencing manis dengan suntikan sendiri yg d sarankan hospital.Hari ini ibu sy muntah2 dan doktor mengatakan bilangan darah putih tinggi dari biasa dan perlu di masukkan ke dalam wad namun ibu saya menolak kerana ia ada urusan yang perlu di selesaikan justeru sudah berjanji dengan orang,doktor minta ibu tandatangan surat bahawa hospital tidak bertanggungjawab jika berlaku apa2,saya tanya doktor tentang punca dan kesan dan ia tidak mampu jawab punca mungkin jawapan yg panjang,dan ia mengatakan boleh membawa maut.Saya mohon pencerahan tentang punca dan kesan kerana saya membawa pulang ibu ke rumah,s
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman
- Keradangan
- Kecederaan
- Disebabkan pengambilan ubat-ubatan
- Stress
- Merokok
- Allergi
- Masalah kesihatan lain seperti masalah darah
Jumlah sel darah putih meningkat bukanlah sesuatu yang bahaya dan tidak membawa risikonya yang tersendiri tetapi ia menjadi tanda atau gejala kepada beberapa punca yang mungkin membawa bahaya atau mengancam kesihatan. Secara umumnya, sel darah putih akan meningkat kerana sebab - sebab yang sudah pun diterangkan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.