tembamtembam_t
2 tahun
Normalkah BP saya ini?
Normalkah bacaan BP saya ini?
SYS 95, DIA 79, PULSE/MIN 99
Mohon penjelasan lanjut.
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tekanan darah mempunyai nilai normal systolic (SYS) 120 dan diastolic (DIA) 80. Melihat kepada tekanan darah anda yaitu 95/79, bacaan ini boleh dikatakan dalam kadar normal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.