Sulit
2 tahun
Ujian darah positive
Saya wanita berumur 20an. 3 bulan yang lepas saya mengalami keguguran buat kali kedua. Setelah pulang dari hospital, nurse dari klinik call saya. Dia tanya saya ada batuk, demam atau selsema. Saya kata la tak sebab saya memang tak mengalami simpton tersebut. Then dia cakap yang ujian darah saya yang dibuat ketika warded dihospital positive. Saya tak faham maksud ujian darah positive tu. So saya tanya la saya ni postive Covid ke tapi nurse kata tak. Dia cuma cakap yang result ujian darah saya tak cantik dan kalau ada simpton2 batuk, demam selsema pergi ke klinik. Tapi saya xpergi sebab saya xde alami simton tu. Benda ni hari2 menghantui saya. Nak pergi klinik takut. Please tolong saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada hospital mengenai perkara ini supaya anda mendapat kepastian mengenai ujian darah yang dijalankan. Ujian positive boleh bermakna banyak perkara dan kami tidak dapat membuat kesimpulan tanpa maklumat yang lanjut. Ada kemungkinan ujian darah tersebut menunjukkan anda mempunyai sesuatu jangkitan tetapi kami tidak boleh memberikan kepastian.
Kami berharap masalah anda dapat diselesaikan segera supaya anda tidak perlu risau.
Sekiranya anda memerlukan nasihat daripada doktor, sila dapatkan konsultasi secara atas talian.
Terima kasih.