Sulit
2 tahun
Penyakit kurang darah
saya pesakit amenia. hampir 2 tahun. saya harus sentiasa makan ubat untuk rasa ok. saya akan lalukan perbedahan kerana ada neofibroma. saya ada sain satu surat jika berlaku perdarahan semasa operation, doktor akan memasukkan darah ke dalam badan saya. saya nak tanya adakah perbedahan ini harus dilakukan. sel itu semakin membesar dan saya tak sakit cuma tidak selesa. doktor sarankan saya buang kerana risau bertukar menjadi kanser. saya risau dan takut semua ada. apa yang saya harus lakukan. risau saya tak bangun dah lepas operation. penyakit saya makin teruk. bantu saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anemia adalah suatu keadaan yang mana hemogolobin (komponen darah yang membawa oksigen) berada dibawah batas normal. Sementara itu, adalah suatu prosedur tetap untuk semua pembedahan memerlukan anda untuk menandatangani surat kebenaran bedah. Hal ini kerana, semua prosedur bedah mendedahkan seseorang terhadap risiko tertentu yang lazimnya adalah perdarahan. Sekiranya terjadi kejadian yang tidak diingingi iaitu perdarahan melebihi had mililiter yang ditetapkan, maka darah yang hilang akan digantikan dengan transfusi darah dari bank darah.
Neurofibroma pula adalah suatu keadaan yang mana terdapat ketumbuhan (tumor) yang timbul berdekatan dengan saraf anda. Walaupun secara umumnya ia bukanlah tumor yang ganas, masih terdapat sehingga 7% risiko tumor ini boleh menjadi ganas (kanser) dan terkena bahagian tubuh yang lain. Komplikasi lain yang mungkin terjadi sekiranya tumor neurofibroma tidak dibuang adalah apabila semakin membesar ia akan menekan saluran saraf sehingga menyebabkan rasa sakit yang hebat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.