nawi55
2 tahun
Keluar darah dari hidung
Apakah punca keluar darah dari idung.saya srkarang kena batuk selesma
adakah puncanya saya panas dalam.
Semian t.kaseh doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan tuan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, perdarahan hidung yang berlaku pada tuan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma mekanikal akibat daripada hembusan terlalu kuat
- perubahan suhu drastik
- cuaca kering
- kesan ubat
- tekanan darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.