Anonymous
2 tahun
Ulser usus boleh mgurangkan darah merah?
sy bertanyakan bg pihak adik sy…dia mgalami ulser usus akibat gastrik teruk…dia pernah di tahan di wad selama 2mggu sbb msalah kurang darah semasa sakit gastrik…adakah sebab ulser perut tu myebabkan dia kekurangkan darah merah?adik pernah di tmbh darah 2pain semasa sakitnya myerang…apa kaitan gastrik dgn kurah darah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami tidak mengetahui keadaan sebenar dan tahap kesihatan adik anda namun sekiranya ulser beliau mempunyai pendarahan yang beransur-ansur keluar akan menyebabkan anemia. Anemia bermaksud tubuh tidak mempunyai sel darah merah yang cukup dan hemoglobin seterusnya bermaksud organ-organ badan tidak memperolehi oksigen yang mencukupi.
Jika mempunyai keraguan lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
.