Anonymous
2 tahun
Ujian Darah denggi Dan malaria
Assalamualaikum sy ingin btanya, apabila seseorang itu telah menjalani ujian darah demam denggi dn malaria dihospital kerajaan Dan keputusannya baik…adakah itu tanda seseorang itu tidak menghidap sebarang penyakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ujian darah demam denggi dan demam malaria yang negatif menandakan anda tidak mempunyai kedua penyakit tersebut sahaja. Pemeriksaan tersebut tidak menggambarkan status penyakit lain seperti tifoid, sifilis, TB dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.