nurolsuhaida08
2 tahun
Dikesan kuman dalam darah
Hai doktor, sy berusia 26thun sy sudah kene keracunan makanan selama 4 hari hari ini doktor check darah dan dapati terdapat kuman dalam darah dan merujuk saya ke hospital tetapi sekiranya saya tidak ke hospital apakah kuman dalam darah akan memberikan kesan kepada saya. Ini kerana selepas doktor klinik check darah saya, doktor terus memberikan suntikan utk kurangkan rasa sakit keracunan makanan saya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, apabila diagnosis kuman dalam darah dikesan akibat jangkitan pada mana-mana organ, ia akan diklasifikasikan sebagai sepsis dan hal ini adalah perkara yang perlu dipandang serius. Kuman dalam darah sekiranya tidak dirawat segera berkemungkinan akan menyebabkan kegagalan organ dan kematian. Anda dinasihatkan untuk mengikuti nasihat doktor di klinik anda untuk membuat tindakan susulan. Sekian.