Sulit
2 tahun
Masalah darah berkutul
Doktor Saya nak tanya saya ada masalah
fibroid 4cm dalam rahim setiap kali saya period memang akan ada darah berketul tapi 2 bulan lepas darah berketul yang keluar ada tompok putih kelabu pada ketulan tu adakah itu di sebab kan fibroid ??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, darah yang berketul adalah salah satu sifat darah. Ini adalah kerana darah akan menggumpal apabila keluar daripada saluran darah. Apabila perdarahan banyak, seperti sewaktu haid atau akibat luka, ini akan menyebabkan darah teraktivasi untuk menggumpal.
Untuk info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.