Anonymous
2 tahun
Apa punca bacaan darah kurang?
Hai assalamualaikum…sebentar tdi sy ingin mendermakan darah…namun…sy tidak dpt menderma kerana bacaan darah 11.3…mohon penjelasan mengapakah hal ini terjadi dan apa yg patut sy lakukan…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk anda, kurang darah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Defisiensi zat besi
- Perdarahan dalaman contohnya usus
- Defisiensi vitamin
- Penyakit kronik seperti buah pinggang rosak
- Sickle cell anemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.