Sulit
2 tahun
Kuman dalam darah
Salam , saya ingin bertanya baru baru ni saya ada check darah dan doc memberitahu dalam darah saya ada sedikit jangkitan kuman . Tapi beliau tidak memberikan apa apa nasihat atau ubat . Saya ingin tahu bolehkan jangkitan kuman saya yang sedikit dalam darah tu boleh merebak atau menjadi lebih serious?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Jangkitan kuman dalam darah boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat dan menyebabkan gejala seperti demam dan lemah badan. Jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan gejala kepada pesakit dinamakan “sepsis” dan ini perlu ditangani segera. Maklumat yang doktor anda beritahu perlu jelas samada yang dimaksudkan adalah kuman dalam darah atau jangkitan kuman dalam badan ataupun peningkatan sel darah putih dalam darah (indikator jangkitan kuman dalam badan). Sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam yang panjang dan tinggi, lemah badan, sesak nafas dan degupan jantung laju anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.