ikasuhaini
2 tahun
Bacaan pletlete rendah
Saya wanita berusia 25 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Baru2 ini saya ada buat ujian darah berikutan saya demam menggigil pada waktu malam selama 3 hari berturut. Ujian darah menunjukan pletlete darah saya dengan julat 90. Dan dengue blood test menunjuk kan weak reaction/tiada dengue. saya juga mempunyai bintik2 merah di bawah kulit selama 3 hari pada minggu lepas. Serta timbul lebam2 yg lambat hilang. Jika terhantuk lebam mengambil masa yg lama utk hilang. Jadi bacaan pletlete serendah mana yg perlu saya risau kan dan apa makanan semula jadi yg dapat menaik kan pletlete darah saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, platelet rendah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Bakteria dalam darah
- Demam denggi
- Gray Platelet Syndrome (GPS) - sejenis penyakit autoimun
- Asma
- Malaria
- Aplastic Anemia sejenis penyakit darah
- Babesiosis - sejenis jangkitan parasit
Justeru, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor dan mendeteksi penyebab sebenar platelet rendah yang terjadi pada anda sebelum mulai mengamalkan diet untuk menaikkan platelet. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.