muse6454
5 tahun
Selesema dan batuk berkahak
saya wanita brusia 29 tahun. saya telah selesema dan batuk berkahak selama 4 minggu. telah mengambil sample kahak dan menjalani mantoux test, namun negative. Dr ada prescribe ubat syrup bena, syrup sedilix, tab loratadine dan antibiotik (amoxycilin) namun tiada perubahan, kenapa ye…?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk dan selesema yang anda alami boleh mengambil sedikit masa untuk pulih kerana:
- Demam influenza - akibat virus influenza. Ubat antibiotik tidak berkesan dalam melawan virus. Badan anda akan mengambil masa untuk pulih dengan sendirinya
- Jangkitan saluran udara/paru-paru oleh bakteria - ubat antibiotik memerlukan masa untuk bertindak dan melawan bakteria, oleh itu, anda disarankan untuk menghabiskan ubat yang diberikan
- Resdung - resdung adalah alahan yang kronik dan kesan dari hingus boleh turun ke saluran udara dan disangkakan sebagai kahak. Pencegahan dari sumber alahan serta pengambilan ubat dapat mengurangkan gejala yang anda alami
- Jangkitan tibi - tibi adalah sukar untuk dikesan walaupun dengan ujian Mantoux. Sekiranya batuk berpanjangan serta tidak selesai, maka ujian tambahan adalah diperlukan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.