Sulit
5 tahun
Simptom kegatalan dicelah paha akibat sifilis
Selamat sejahtera Dr. Saya sudah menjalani rawatan setelah disahkan positif sifilis. Sekarang saya hanya menunggu untuk janji temu kedua bagi melihat perkembangan tubuh saya terhadap antibiotics yang disuntik. Sebelum ini saya menghadapi masalah kegatalan yang luar biasa di bahagian celah paha kiri dan kanan. Ia kelihatan seperti ruam yang amat banyak. Tetapi setelah itu, saya ke klinik dan diberikan ubat untuk menghilangkannya. Setelah sudah sembuh sepenuhnya selama beberapa minggu, hari ini saya dapati bintik-bintik ruam tersebut sudah kembali ke celah paha kiri dan kanan dan semakin merebak. Sebelum timbulnya ruam ini, saya selsema ringan. Apakah ini petanda bahawa suntikan antibiotics yang diberikan tidak berjaya membunuh kuman atau bagaimana? Atau adakah muncul pula penyakit lain yang tidak saya ketahui? Mohon penjelasan.
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alahan pada antibiotik
- jangkitan kulat pada bahagian paha (antibiotik mendedahkan anda pada jangkitan kulat)
- ekzema
- psoriasis
- dermatitis pada produk pencuci
Kebiasaanya, sifilis tidak memberi ruam yang gatal, ia selalunya menyebabkan ruam berwarna merah atau cokelat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.