Sulit
4 tahun
Sperma keluar balik dari faraj dan lambat teransang semasa berhubungan intim
Saya dan suami sudah 7 bulan berkahwin…semasa kami berhubungan intim,sperma yang dihasilkan keluar balik dari faraj,kemudian suami saya teransang terlebih dahulu,manakala saya lebih lambat…adakah itu penyebab kami tidak mendapat zuriat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, usia perkahwinan anda baru sahaja 7 bulan. Tempoh ini masih awal untuk memberikan konklusi status kesuburan anda. Terdapat banyak perkara yang mempengaruhi kebarangkalian untuk hamil, termasuklah kekerapan hubungan seksual, kesuburan wanita, lelaki dan kualiti ovum dan sperma yang dihasilkan. Selain itu, anda tidak perlu risau tentang sperma yang terkeluar memandangkan dalam setiap keluarnya air mani terdapat berjuta-juta sel sperma yang akan dilepaskan. Malah hanya 1 sel sperma sahaja yang diperlukan bagi membuahi sebuah ovum. Keluarnya air mani dari faraj wanita selepas hubungan seksual adalah sesuatu yang normal berlaku. Mengenai rangsangan, tidak penting siapa yang teransang dahulu atau kemudian kerana ini tidak mempengaruhi kesuburan wanita, lelaki atau persenyawaan ovum & sperma.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.