Sulit
3 tahun
Sukar untuk tidur walaupun terasa mengantuk dan penat
saya wanita umur 30an, sudah berkahwin. Saya mengalami kesukaran untuk tidur dimalam hari, dan terasa sedawa angin berulang kali, hingga loya dan hampir muntah. Walaupun saya terasa penat dan mengantuk sangat. Apa kah ubatan yg boleh saya ambil kerana saya perlu berkerja pada keesokkan harinya. Keadaan ini berlaku setiap seminggu hampir 1@2kali. ia tidak berlaku tiap² hari. apakah saranan doktor? Mungkin stress boleh menjadi penyebab kesukaran saya untuk tidur?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sendawa angin, hingga loya dan hampir muntah boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit gastrik
- Penyakit esofagus
- Jangkitan gastrik seperti H.pylori
Selain itu, sukar tidur boleh disebab oleh stress, kegelisihan, pengambilan kafein seperti kopi dan teh pada waktu malam, gaya hidup yang kurang teratur, tabiat tidur yang kurang sihat, ketidakseimbangan hormon dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !