
Sulit
3 tahun
Suntik vaksin dan suntik tetanus(kancing gigi)
Hi.dr…saya ibu mengandung dan telah menerima 2 dose vaksin pfizer pada 16/8…tetapi saya akn menerima suntikan tetanus(kancing gigi) pada 23/8 ni…soalan saya boleh ke saya terus menerima suntikan kancing gigi sebelum hari ke 14 suntikan vaksin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin tahu jika anda boleh mengambil suntikan tetanus selepas suntikan vaksin Covid-19. Kami akan cuba membantu anda.
Menurut laporan CDC, sebaiknya pengambilan suntikan tetanus dijarakkan selema 2 minggu selepas pengambilan vaksin Covid-19. Namun, vaksin tetanus boleh juga diberikan selepas penilaian risiko dibuat oleh doktor.
Sebaiknya anda merujuk kepada doktor anda sebelum mengambil suntikan tetanus.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.