Sulit
3 tahun
Susah nk buang air besar dan najis warna dan perut pedih di bahagian kiri
Saya lelaki berumur 18 tahun saye susah nk buang air dan najis warna hitam dan perut di bahagian kiri manjadi pedih apabila saye menbuang air besar iya terdapat luka ii sedikit kerana saye teran terlalu kuat untuk menbuang air besar ,apa harus saye lakukan doktor
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
.* Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome). - Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Permulaanya, anda boleh cuba untuk meningkatkan buah buahan dalam diet anda seharian. Anda juga harus minum air dengan banyak.
Jika kondisi ini belarutan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.