Sulit
4 tahun
Tekak bernanah tetapi tonsil tidak bengkak
Saya mempunyai sejarah terkena sinusitis beberapa kali. Sejak darinitu, bila rasa tak selesa di tekak atau terlebih minum air sejuk, saya perasan ada bintik seperti nanah di kiri kanak tekak tetapi tonsil tidak membengkak. Adakah itu sebahagian dari tanda awal jangkitan sinusitis yang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tanda-tanda sinusitis ialah:
- Hidung tersumbat
- Batuk
- Sakit kepala atau muka
- Jerawat pada muka
- Selsema berpanjangan
- Hidung berbau busuk
- Demam
- Letih dan lesu
- Hilang deria rasa dan bau
- Batuk teruk pada waktu malam
Bintik seperti nanah boleh bermaksud jangkitan tonsil. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.