Anonymous
5 tahun
Tekanan darah dan penglihatan kabur
salam doktor, tekanan darah saya 86/59…kira cam rendah la kan…pagi ni saya bangun tidur, pandangan mata saya jadi kabur…bukan sekejap…setakat ni dh lebih 15minit, masih kabur. apa patut saya buat?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala ini seperti:
- Kurang air - dehidrasi
- Penyakit Addison
- Masalah saraf
- Jantung lemah
- Kesan ubat seperti ubat tekanan darah tinggi
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda bagi pemerikasaan lanjut. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.