Sulit
2 tahun
Tidak sedar datang haid
Saya wanita berumur 23 tahun ingin bertanya kpd dokter tentang bersetubuh ketika datang haid …pada malam tu saya tidak tahu kata nk datang haid tiba2 dahh berdarah …adakah kemungkinan ada risiko kpd sya atau suami …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, anda boleh bersetubuh semasa berhaid. Perkara ini ialah selamat.
Selain daripada sedikit ketidakselesaan yang disebabkan darah haid yang mungkin terkena cadar atau selimut, bersetubuh semasa berhaid tiada risiko yang bertambah daripada risiko bersetubuh yang biasa seperti:
- Kehamilan
- Jangkitan STD (Sexually Transmitted Disease - penyakit kelamin)
Salah satu faedah bersetubuh semasa haid adalah melegakan simptom haid seperti sakit kepala dan kekejangan. Walaupun ini belum dibuktikan secara saintifik, ramai wanita telah melaporkan pengurangan simptom haid mereka.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang lebih, anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapat penerangan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.