nasrul.afizy
2 tahun
Total bilirubin tinggi
Saya lelaki umur 28 tahun. Saya baru lepas buat screening test. Result untuk bacaan total Bilirubin agak membimbangkan… bcaannya adalah 56.6 umol/L (normal 3.4 - 20.5). Soalan saya, adakah ia merbahaya? Apakah implikasi terhadap bacaan ini? Perlukah saya membuat rawatan lanjut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah bilirubin tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang hempedu akut
- Hepatitis
- Liver cirrhosis
- Kegagalan hati
- Masalah pankreas
- Penggunaan ubat-ubatan tradisional
- Masalah sel darah merah
- Masalah limpa
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.