
Anonymous
3 years
Kami sekeluarga positive COVID-19
Anak bungsu saya beumur 11 tahun, tekanan darah dlm bacaan normal tapi bacaan jantung tinggi. Ini membuat saya berasa resah dan demam nya berkurangan.

3 years
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan mengenai status keluarga anda yang telah positif COVID-19 dan ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Anda digalakkan untuk mengemaskini “Status COVID-19” di dalam aplikasi MySejahtera untuk mengetahui status kontak dan juga risiko. Selain itu sila pantau kesihatan diri anda sekiranya anda mengalami sebarang gejala,
Memandangkan keluarga terdedah kepada jangkitan COVID-19, kami nasihatkan anda untuk menyekat pergerakan ataupun aktiviti anda diluar bagi tujuan langkah keselamatan dan berjaga-jaga.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
-Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
-Keletihan
-Batuk
-Lenguh dan sakit sendi
-Sakit tekak
-Sakit kepala
-Kesukaran bernafas
-Hilang deria bau dan rasa
Namun begitu anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera jika bacaan jantung anak anda masih dalam keadaan merisaukan. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination
To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here
To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here