Anonymous

3 years

Adakah kesan daripada vaksin dos 1 atau tanda hiv

Saya leaki berumur 18 tahun. Saya telah menerima vaksin dos pertama pda 5/8… selepas empat hari divaksin di kulit saya tumbuh bintik-bintik merah dan tidak gantal.pada mulanya tidak kelihatan sangat kini 22/8 kemerahnya nampak jelas. Dos kedua saya akan terima pada 26/8. Adakah ni arlegik oleh dos yang diterima? Saya bimbang juga akan HIV. Saya last buat pemeriksaan hiv pada bulan januari. Adakah ni tanda hiv atau arlegik akibat vaksinasi?mohon penjelasan…terima kasih

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Tahniah atas vaksinasi anda.

Kami memahami kerisauan anda tentang kemunculan bintik merah atas kulit anda. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • tindak balas terhadap alahan
  • jerawat badan
  • jangkitan kuman ataupun virus seperti Shingles,kayap, demam campak)
  • eczema
  • ruam peluh

Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:

  • Sukar untuk bernafas
  • Jantung berdegup laju
  • Bahagian suntikan menjadi bengkak
  • Bengkak pada muka, bibir atau tekak
  • Pembentukan ruam di seluruh badan
  • Rasa pening

Oleh itu, ianya lebih baik jika anda berunding dengan doktor dengan kadar segera supaya punca gejala anda dapat dirumuskan dan rawatan sepatutnya boleh diberikan.

Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah!

240_F_205289722_8rZ0tTBlNZ110lxgYxFV2JX10xxsVouT

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.