Anonymous
2 years
Asthma semasa hamil.saya merupakan pesakit asthma selma 25 years.umur saya 34 thaun sekarang,dan saya hamil anak pertama,7 minggu
Hari ini dan semalam,saya kuat semput,perlu mengambil ubat ventolin inhaler setiap 4 jam.
Adakah ubat ventolin inhaler selamat untuk bayi saya?adakah bayi saya akan kekurangan oxygen jika saya semput?thank you
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, semasa mengandung, satu pertiga wanita mengandung asma bertambah teruk, satu pertiga bertambah baik dan satu pertiga lagi asma tidak berubah. Samada asma bertambah teruk atau tidak semasa mengandung berbeza dari seseorang wanita dengan wanita yang lain. Walaupun kajian-kajian yang dijalankan ke atas kesan mengandung terhadap asma ada terdapat banyak perbezaan, dapat dirumuskan keputusannya adalah seperti berikut:
- Pesakit asma yang teruk biasanya bertambah teruk, sementara pesakit yang kurang teruk biasanya bertambah baik atau tidak berubah keadaannya.
- Perubahan semasa mengandung mengikut trend yang sama seperti kandungan yang sebelumnya.
Perubahan yang terjadi semasa mengandung akan kembali kepada keadaan sebelumnya dalam masa tiga bulan.
Asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan oksigen kepada ibu dan bayi terjejas seterusnya komplikasi semasa mengandung dan kelahiran yang tidak memuaskan.
Untuk ibu, kesan asma tidak terkawal termasuk:
- Tekanan darah tinggi
- Kelahiran pramatang
- Kematian ibu
Untuk bayi, komplikasi asma tidak terkawal adalah:
- Lahir mati (stillbirth)
- “Fetal growth retardation”
- Kelahiran pramatang
- Rendah berat badan
Ini berbeza dengan asma yang telah dikawal sepanjang mengandung di mana sangat sedikit atau tiada langsung risiko kepada ibu atau bayi.
Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk memberi maklumat lanjut sebelum keputusan boleh dibuat tentang ubatan anda.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.