Anonymous
4 years
Graves diasease lead to hypertiroid ,
Salam dr, adik saya merupakan pesakit graves diasease dan dia baru berumur 13 tahun, adakah peluang untuk dia sembuh dgn hnya memakan ubat yg diberikan? Dan mata kiri adik saya terlihat lebih terjojol dri mata kanannya, adakah perkara ini kekal? Atau mata adik saya akan kembali normal sebaik shaja Dia sembuh? Dan soalan terkhir saya, apakah makanan yg harus dielakkn oleh adik saya , dan makanan yg harus dia makan? Tq.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang adik anda dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit ini hanya dapat dikawal dan masih belum ada ubat yang dapat memberi kesembuhan sepenuhnya. Oleh itu, pesakit akan bergantung kepada ubat sepanjang kehidupannya.
Bagi menjawab soalan berkenaan penonjolan pada mata, ianya akan kekal. Apa yang dapat dilakukan adalah mendapatkan rawatan yang sewajarnya agar tidak timbul masalah hilang penglihatan.
Seterusnya, di sini saya nyatakan beberapa jenis makanan yang harus dimakan dan dielak oleh pesakit graves:
Makanan dielakkan:
- produk tenusu
- kefein
- iodin (terutama makanan laut)
- gluten
Makanan disarankan:
- sayur-sayuran
- kekacang
- buah-buahan
- dan lain-lain makanan yang tinggi vitamin D, magnesium,zat besi dan zinc
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.