Anonymous

3 years

Soalan Berkaitan Virus HIV

Hi Dr.

Baru² ni salah seorang staff sy disahkan HIV positive selepas diarahkan untuk membuat ujian darah. Sy nak tanya berberapa soalan berkaitan dgn HIV.

Soalan berkaitan HIV.

  1. Apa itu HIV?

  2. Apakah treatment utk pesakit HIV?

  3. Sekiranya ada treatment untuk pesakit HIV, berapakah tempoh masa yang diambil dan dalam tempoh treatment adakah ia boleh menjangkitkan orang lain?

  4. Adakah virus HIV kekal didalam badan?

  5. Dalam tempoh treatment, adakah pesakit tersebut boleh bekerja, atau perlu diberhentikan atau hanya perlu mendapatkan sickleave @ unpaid?

Terima Kasih Dr.

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Saya memahami anda ingin menanyakan soalan tentang HIV dan kami akan membantu anda dalam hal ini.

Untuk pengetahuan anda, HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah suatu jenis virus yang menyerang sistem imuniti tubuh dan kemudiannya akan melemahkan keupayaan tubuh melawan jangkitan dan penyakit.

Rawatan bagi HIV adalah ubat antiretroviral yang boleh meningkatkan imun tubuh badan. Namun rawatan ini bukanlah ubat untuk memulihkan badan daripada virus, malah virus ini akan kekal dalam tubuh badan. Rawatan ini hanya sekadar untuk mengawal virus HIV dan mencegahkan komplikasi yang lebih serius untuk berlaku.

Tempoh rawatan HIV akan bergantung pada tahap keterukan HIV seseorang individu. Jika berada di tahap kronik, rawatan akan diperlukan seumur hidup. Dengan rawatan yang betul pesakit HIV boleh hidup dan bekerja dengan normal.

Namun jika tidak dirawat, komplikasi serius boleh berlaku seperti AIDS.

Jika anda mempunyai persoalan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan cuba untuk membantu.

Kami harap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

09

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.