
Sulit
3 tahun
Adakah ini petanda mati pucuk atau lemah batin
Saya ada masalah kote tak tegang dan bila saya melancap kote tak keras pom dia macam muntah je lepas pada muntah tu dia tegang kejap and then terus lembik . Morning wood pom dah tak ada macam dulu , kelmarin elok lagi boleh tegang keras tapi semalam saya perasan kote dah tak tegang, minggu lepas saya ada makan ubat kuat beli dalam shopee katanya ada kelulusan (FDA) . Saya baru makan 2 utir . Adakah ini petanda mati pucuk atau lemah batin ? Boleh doctor syorkan klinik yang murah untuk dapatkan rawatan di kuala terengganu tak? Saya takut doctor😔

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kemungkinan besar anda mengalami gejala mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin. Ia boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Antara punca berlakunya gejala mati pucuk ialah:
- Pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat (dalam keadaan seperti kencing manis dan darah tinggi),justeru menyebabkan ketegangan alat kelamin lelaki tidak dapat dicapai pada tahap yang memuaskan
- Penyakit mental seperti kemurungan serta kebimbangan juga memberi implikasi negatif kepada aliran darah.Hormon juga salah satu faktor yang diperlukan untuk penengangan zakar ,oleh kerana itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan hormon tiroid.Kecederaan secara langsung kepada alat kelamin lelaki juga menyebabkan aliran darah terjejas.
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ‘Amphetamines’,’Barbiturates’ serta pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain.
Cara merawat mati pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Kurangkan berat badan
c) Elakkan merokok
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.