
pelangi_malam18
5 tahun
Adakah normal sakit bila bersetubuh pertama kali
salam… sy nk tye, sy baru berkahwin, semasa persetubuhan, sy berasa sakit ketika suami memasukkan zakarnya ke dlm faraj, tetapi dara masih tidak pecah, tp sy msih merasakan sakit, sy nak tye, kenapa sy rase sakit? adakah sbb zakarnya masuk, sbb tu sy rs sakit? jika zakar masuk, boleh kah dara tidak pecah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkaitan dengan masalah puan, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah ;
- psikologi (ketakutan yang melampau kerana pertama kali melakukan persetubuhan)
- faraj yang kering
- kekejangan pada otot faraj
- polip pada serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.