Nadya
5 tahun
Adakah saya mengalami simptom menopause?
Saya ibu berusia 46 tahun, mempunyai 5 orang anak berusia 5 hingga 21 tahun. Suami saya telah meninggal dunia pada pertengahan tahun lepas. Saya tidak pernah mengambil pil perancang atau mengamalkan kaedah perancangan keluarga.
Pada bulan julai ini, hari pertama haid saya adalah pada 8 hb dan habis pada 11hb. Pada 17hb, haid datang semula sehingga 22hb. Pada 26hb haid datang semula sehingga hari ini. Adakah ini simptom menopouse? Ini adalah kali pertama berlaku. Sebelum ini kitar haid saya adalah 28-30 hari dan haid selama 5-6 hari.
Maklum balas Doktor didahului dengan ucapan terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami gejala haid yang tidak teratur. Terdapat pelbagai pelbagai punca yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Menopos
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Oleh sebab anda sudah berusia pertengahan 40-an, anda berkemungkinan mengalami menopos. Menopos merupakan kondisi di mana haid anda akan beransur-ansur menjadi tidak teratur dan akhirnya akan berhenti. Menopos merupakan proses fisiologi yang biasa untuk kaum wanita.
Haid anda juga boleh terganggu oleh tekanan emosi. Sebagai contohnya, jika anda mengalami kemurungan selepas kematian suami anda, hormon di dalam badan anda boleh terganggu dan haid anda akan menjadi tidal teratur. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk kondisi anda.
5 tahun
Salam. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Mengikut apa yang dijelaskan oleh puan, terdapat kemungkinan yang tinggi puan kini sedang berada dalam tempoh peralihan sebelum menopause berlaku.
Menopause berlaku apabila tiada darah haid yang tiba bagi seseorang wanita selepas 12 bulan dan ia tidak disebabkan oleh penyakit. Secara purata, umur bagi seseorang wanita untuk mencapai menopause adalah dalam lingkungan 51 ke 52 tahun. Sebelum menopause berlaku, terdapat tempoh selama 3-4 tahun dimana tubuh seseorang wanita itu mengalami perubahan. Ia digelar sebagai fasa perimenopause.
Dalam tempoh ini, akan terjadinya gangguan pengeluaran hormone-hormon wanita yang bertanggungjawab bagi menghasilkan folikel yang juga berfungsi menghasilkan hormone yang biasa kita dengari iaitu estrogen dan progesteron. Apabila terdapat pengurangan di dalam jumlah penghasilan hormon-hormon ini, secara jelasnya kitaran haid juga akan menjadi tidak sekata.
Pada peringkat awal kebiasannya para wanita yang berada dalam fasa ini akan mengalami tempoh haid yang datang lebih lama dari biasa dan kemudiannya akan menjadi tidak sekata sebelum tidak datang langsung. Ia juga akan disertai oleh simptom-simptom yang dinyatakan pada soalan di atas.