
Sulit
4 tahun
Adakah toreh tangan ada kaitan dengan masalah psikologi
Saya remaja perempuan berusia 18 tahun.saya kerap stress dan meluahkan perasaan marah dengan mencederakan diri seperti toreh tangan.ketika saya dalam perasaan marah,kepala saya akan sakit sehingga susah untuk berfikir dan mencederakan diri sehingga puas.saya juga pernah menelan paracetamol melebihi had sepatutnya untuk mengurangkan stress.saya juga akan menumbuk dinding sehingga tangan saya luka dan berdarah,saya tak pandai mengawal emosi dan selalu memendam.saya sudah mencederakan diri saya sejak berusia 12 tahun.bila dalam keadaan emosi saya stabil,saya akan merasakan perbuatan ini salah, tetapi jika sedang mengalami masalah,saya tidak peduli dengan semua perkara itu.Adakah ini sesuatu perkara yang normal?mohon jelaskan, terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk menjawab persoalan anda, perkara yang anda lakukan adalah tidak normal dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Terdapat beberapa daktor mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Tekanan perasaan
- Stres
- Masalah psikiatri seperti kemurungan (depression), masalah personaliti
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin untuk pemeriksaan lanjut supaya kesimpulan dapat dibuat dan seterusnya memberikan sokongan dan rawatan kepada anda.
Anda boleh lakukan aktiviti yang disebutkan di bawah untuk mengatasi masalah yang anda alami:
- Meluahkan perasaan anda kepada individu atau ahli keluarga yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang dapat memberikan mood yang baik kepada anda
- Melakukan aktiviti yang dapat mengalihkan fikiran anda daripada menyakiti diri anda
- Sentiasa bercampur dengan orang yang memberikan aura positif kepada anda
- Menyalurkan perasaan marah anda ke tempat lain seperti menulis atau bersukan
Jika anda mempunyai kecenderungan untuk menyakiti diri ataupun membunuh diri, anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) dan doktor kami akan membantu anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.