
am1973us
5 tahun
Anak Demam dan Sakit kepala
anak sya demam dan mengadu sakit kepala. sya bg ubat demam,hilang, tp lps tu demam balik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah demam yang yang dihadapi oleh anak anda. Namun begitu, saya kurang jelas dengan soalan yang anda ingin ajukan kepada pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Rawatang yang anda boleh lakukan untuk menangani masalah ini selain mengambil ubat adalah seperti yang berikut:
Tuam badan dengan air suam
Banyakkan minum air
Makan makanan seimbang
Rujuk doktor jika suhu terlalu tinggi atau demam yang terlalu kerap atau lama
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana demam dan sakit kepala merupakan gejala umum bagi pelbagai penyakit. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.