
Azrai
6 tahun
Anak demam, suhu tidak berkurang
salam nk tnya klau anak demam sy dh bg sub tp lepas 4 jam suhu naik balik

6 tahun
Salam. Terima kasih atas soalan tersebut.
Secara umumnya, sebab-sebab demam dalam seseorang kanak-kanak termasuklah:
- Jangkitan dengan virus ataupun bakteria yang boleh menjejaskan saluran pernafasan, saluran kencing atau usus
- Reaksi alahan contohnya terhadap vaksin atau ubat-ubat tertentu
- Penyakit autoimun seperti juvenile rheumatoid arthritis, Henoch-Schonlein purpura
dan rheumatic fever - Penyakit Kawasaki
- Kanser seperti limfoma, leukemia, dan kanser yang melibatkan sistem neurologi atau tulang
Ubat supositori sering digunakan dalam kalangan kanak-kanak untuk menangani suhu badan yang tinggi. Ubat ini biasanya mengandungi paracetamol yang lebih dikenali dengan jenama Panadol. Apabila digunakan dalam kalangan kanak-kanak, dos ubat ini bergantung pada umur dan berat badan kanak-kanak tersebut.
Ubat yang anda guna untuk anak anda mungkin tidak mencukupi bagi umur ataupun berat badannya. Lagipun, ubat supositori hanyalah rawatan simptomatik. Untuk menangani punca demam tersebut, anda digalakkan untuk berjumpa dengan seorang doktor supaya rawatan yang berkesan dapat diberikan kepada anak anda.

6 tahun
Selamat sejahtera dan selamat petang untuk anda.Terdapat beberapa cara untuk merawat demam. Pertama sekali, menggunakan ubat yang dinamakan acetaminophen. Ubat ini terdapat dalam bentuk pil untuk dewasa dan bagi kanak-kanak, ubat dalam bentuk sirap juga tersedia.
Selain itu, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk minum air kosong. Kebiasaannya anak yang demam akan mengalami suhu badan yang tinggi pada sebelah malam. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu anak-anak supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 hingga 2 jam. Mintalah dia minum sedikit-sedikit namun secara kerap.
Memakaikan pakaian nipis pada anak juga penting. Ibu bapa digalakkan memakaikan anak-anak mereka dengan pakaian yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya untuk anak yang mempunyai demam malam. Jangan sesekali memakaian tebal kerana ianya akan meningkatkan suhu badan. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia bahan penyerap peluh yang bagus dan anak-anak anda juga akan lebih selesa.
‘Sponging’ atau kaedah menjelum kepala anak anda merupakan salah satu alternatif yang menarik untuk diterapkan bagi menurunkan suhu tubuh kanak-kanak. Pertama sekali, rendamkan satu tuala atau kain ke dalam air yang suam dan perahkan airnya. Kemudian, lapkan kain tersebut ke kepala anak secara perlahan dan biarkan ia di situ untuk beberapa minit. Ia serba sedikit bertujuan untuk menyejukkan badan anak-anak bagi melegakan demam.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk persoalan anda.
Kami sarankan untuk ibubapa yang ada kanak-kanak bawah 12 tahun, membeli termometer agar senang memantau suhu anak di rumah. Untuk pengetahuan am, ianya agak biasa untuk kanak-kanak bawah 3 tahun mendapat demam kerana tahap imunasi mereka belum matang sepenuhnya. Akan tetapi, demam tidak boleh dipandang begitu ringan kerana suhu yang terlalu tinggi akan menggangu pertumbuhan otak anak jika mereka tidak mendapat rawatan dalam masa yang sepatutnya. Kebanyakkan kes demam ini berpunca daripada virus dan juga akan sembuh sendiri. Oleh kerana itu, tidak perlu risau terlebih dahulu.
Pada masa sekarang, apa yang anda boleh buat ialah mencatat suhu anak setiap jam. Pastikan baju mereka juga nipis supaya haba boleh keluar. Kain kapas nipis dan menyerap peluh jadi ia baik untuk digunakan. Galakkan mereka minum air atau susu jika mereka masih boleh minum. Anda juga disyorkan untuk lapkan badan anak dengan air sejuk kerana ini boleh membantu menurunkan suhu. Selain daripada itu, anda boleh memberi mereka ubat panadol (acetaminophen) dalam dos kanak-kanak. Sekiranya suhu anak mencapai 39 Celcius, anak tidak aktif dan responsif, pernafasan tidak normal, dan juga tidak minum susu, sila bawa mereka ke klinik ataupun hospital yang berdekatan secepat yang mungkin.