
Sulit
4 tahun
Anak saya kerap berak
Anak saya berumur 4 tahun, najis kerap keluar sikit2. Even masa dia main. Sukar saya nak potty train sebab najis akan kena pada seluar. Ada sejarah sembelit sebabkan dia trauma, dan akan kepik kaki bila berak. Apa patut saya buat untuk atasi masalah ini

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Untuk makluman anda, gejala yang anak anda alami dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- jangkitan bakteria/virus/parasit (i.e. disentri, gastroenteritis, hand food and mouth disease HFMD, dll.)
- keracunan makanan
- Irritable Bowel Syndrome
- Inflammatory Bowel Disease
- gangguan saluran pencernaan yang lain
Untuk mengatasi masalah ini anda perlu berjumpa dengan doktor. Dalam pada waktu yang sama, anda digalakkan untuk:
- elak dari penggunaan apa-apa jenis ubat kepada anak anda kerana dikhuatirI boleh memperburuk lagi keadaan
- banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi
- kurangkan bersentuhan atau berjumpa dengan kanak-kanak yang lain kerana gejala ini boleh merebak
- pastikan kebersihan persekitaran dan badan sentiasa dijaga
Segera ke hospital atau klinik sekiranya anak anda mempunyai gejala:
- lemah tubuh badan
- bibir kering
- malas minum air atau makan
- kurang aktif
- demam
- mual / muntah
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).