Sulit
3 tahun
Angin yang sangat banyak & perut cepat buncit
saya ada masalah bila makan sikit atau banyak angin keluar banyak … lepas tu nampak perut besar …saya kurang minum air berkhabonat…nasi sehari sekali makan… bagaimana saya hendak selesaikan masalah saya ?terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan angin badan dan mengurangkan berat badan adalah:
- Makan dalam jumlah yang sedikit
- Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan.
- Berhenti merokok
- Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
- Kurangkan pengambilan gula
- Perbanyakkan bersenam walaupun berjalan di taman
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.