Sulit
3 tahun
Cara ingin berat badan naik
Salam doktor,sya umur sudah 30 tahun,tinggi sya 189 berat 50,sya nak sngat badan saya berat normal macam org lain…ada cara tak mcm mana nak naikkan berat badan?sblum ni dh mcm2 sya beli vitamin tpi still takde selera makan,dulu ada cuba makan pil hensel dan kabel mmng berat badan naik tpi takut ada kesan sampigan so sye stop makan ubat tu,skrng berat badan sya dan badan semakin kurus selera makan pon dh kurang sangat2…ada cara tak nak naikkan berat saya ni ye?trima kasih doktor
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca kepada kekurangan berat badan seperti:
- Faktor genetik - keluarga yang mempunyai genetik untuk kurus
- Penyakit kronik seperti hiper-tiroid, kencing manis
- Masalah penghadaman seperti penyakit Coeliac
- Masalah diet tidak seimbang - seperti kurang karbohidrat seperti nasi
Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah
- Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
- Senaman untuk menambah berat badan.
- Membina otot
- Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
- Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.