Sulit
3 tahun
Cara untum menambah berat badan
Saya ada emak yang berumur 65 tahun… Emak saya terlalu kurus, berat badan dia 35kg.tiada penyakit dan sy nak th ad suggession tak untuk tambah berat bada. Kalau susu apakah jenis susu yg sesuai. Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan berat badan secara semula jadi tanpa bergantung kepada ubat-ubatan seperti:
- meningkatkan pengambilan makanan
- pilih makanan yang tinggi kalori dan mengandungi protein yang tinggi
- mengamalkan makanan yang seimbang
- mengamalkan senaman boleh meningkatkan selera pemakanan
- dapatkan tidur yang cukup kerana badan akan menyimpan kalori sewaktu tidur
Nak berat badan yang ideal? Dapatkan segera!
Namun jika anda masih merasakan tiada perubahan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Inginkan nasihat tentang metabolisma anda? Pakar kami sedia membantu