Sulit
3 tahun
Berat Badan Susah Untuk Naik
Saya remaja berumur 24 tahun…saya ingin bertanya… saya selalu makan banyak sehari saya akan makan nasi 3-4 kali…nasi berlauk…tetapi berat badan saya lambat untuk naik…adakah tidak normal? dan adakah makan banyak boleh merosakkan organ dalam badan saya?..tapi kalau saya makan banyak setiap pagi saya akan buang air besar(berak)…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan saluran pemakanan terutama jangkitan cacing
- Masalah penghadaman
- Hipertiroidisme
- Pemakanan yang kurang sihat dan tidak seimbang
- Kurang bersenam
- Masalah psikologi:
- Anorexia nervosa
- Bulimia
- Kemurungan (depression)
- Kanser
Anda boleh meningkatkan berat badan anda dengan melakukan beberapa perkara ini:
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan
- Bersenam
- Mengambil lebih banyak protein berbanding karbohidrat
Selain itu, anda dinasihatkan untuk mengawal pemakanan anda kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada masalah pemakanan seperti kencing manis, kolesterol tinggi, darah tinggi, masalah jantung dan juga strok.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.