Sulit
2 tahun
Kurang berat badan
Hi doktor. Saya wanita berumur 25 tahun. Ketinggian saya adalah 156cm, dan saya mengalami masalah kurang berat badan. Berat badan yang paling tinggi saya capai adalah 41kg. Dan sekarang berat badan saya hanyalah 39kg. Saya dah cuba untuk makan banyak, tetapi berat saya tidak berubah. vitamin atau suplemen apa yang sesuai untuk saya consume bagi naikkan berat badan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Antaranya ialah:
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
- Kencing manis Jenis 1
- Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.