Sulit
3 tahun
Masalah menambah berat badan
Hello doc im 17y girl. Sy underweight and ssh nak naikkan berat badan. I decided to bersenam as well as makan. Boleh tak saya ambik Protein powder untuk naikkan berat badan pd usia 17?apa side effects produk ini? Apakah jenama product yang sangat berkesan bagi perempuan spt sy untuk ambil protein powder ni? Saya sgt risau sbb pinggang saya semakin kurus tgn dan smua anggota bdan kurus. I harap ada cara untuk naikkan berat badan tlg bagi penjelasan utk sy doc saya ragu2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Antaranya ialah:
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
- Kencing manis Jenis 1
- Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa
Nak berat badan yang ideal? Dapatkan segera!
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah
- Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
- Senaman untuk menambah berat badan.
- Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
- Suplemen tambahan, sebaiknya perlu mendapatkan nasihat doktor setelah pemeriksaan menyeluruh.
Inginkan nasihat tentang metabolisma anda? Pakar kami sedia membantu
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.