Sulit
3 tahun
Underweight, cirit-birit,kerap kencing & tompuk putih di kuku
Salam doktor, saya berusia 23 tahun. Berat badan saya 39kg, dari zaman sekolah menengah sehingga usia 23tahun, berat saya hanya lah 35-38kg. 40kg dua kali sahaja seumur hidup. Makan mengikut waktu dan kuantiti yang banyak dalam masa sehari. Selepas makan, saya akan terus masuk ke tandas untuk membuang air besar. Adakah metabolisme saya tinggi?
Sejak akhir-akhir ni, 2/3 hari selepas makan,saya akan mengalami buang air besar seperti cirit-birit. Tak boleh ditahan dan kadang-kadang keluar begitu sahaja. Kentut pun secara tidak sengaja mengeluarkan najis.
Saya pun mengalami kerap kencing sejak kebelakangan ni. Semenjak habis period,saya kerap mengalami kencing. Kencing waktu mandi, selesai mandi pun kencing lagi. Seolah tak kencing satu hari,kuantiti air kencing tu.
Kuku saya pun kerap ada tompok putih, dari sekolah sehinggalah sekarang.
Saya harap doktor boleh jawab kekeliruan saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah berat badan rendah, cirit-birit, kekerapan kencing serta tompok putih pada kuku. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Hipertiroid
- Jangkitan pada usus
- Masalah radang usus
- Intoleransi pada laktos
- Kesan sampingan ubat
- Masalah hormon tidak seimbang
- Masalah buah pinggang
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai penyakit yang boleh menyebabkan simptom anda. Kami tidak dapat memberi nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Namun, simptom yang anda alami lebih menunjukkan kepada masalah hipetiroid. Ia boleh menyebabkan berat badan yang rendah walaupun makan banyak, masalah sering kencing, berak serta kekurangan zat kalsium atau zink sehingga ada tompok putih pada kuku.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian bagi diagnosis serta rawatan yang tepat. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.