Sulit
3 tahun
Berat badan susah untuk naik walaupun makan seperti biasa
Saya wanita umur 26 tahun. Saya mengalami penurunan berat badan walaupun saya makan seperti biasa. Saya sudah cuba makan vitamin seperti appeton dan bcomplex tapi masih tidak naik berat badan saya. Boleh Dr suggestkn pil untuk tambah berat badan yang saya boleh beli di farmasi?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan berat badan secara semula jadi tanpa bergantung kepada ubat-ubatan seperti:
- meningkatkan pengambilan makanan
- pilih makanan yang tinggi kalori dan mengandungi protein yang tinggi
- mengamalkan makanan yang seimbang
- mengamalkan senaman boleh meningkatkan selera pemakanan
- dapatkan tidur yang cukup kerana badan akan menyimpan kalori sewaktu tidur
Nak berat badan yang ideal? Dapatkan segera!
Namun jika anda masih merasakan tiada perubahan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Inginkan nasihat tentang metabolisma anda? Pakar kami sedia membantu