saza

6 tahun

Apakah Ubat sifilis

Apakah ubat yang sesuai untuk merawat sifilis?

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Hai, Selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda.

Penyakit sifilis ialah antara salah satu penyakit berjangkit seksual atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). Sifilis disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Treponema pallidum. Penyakit ini berjangkit apabila seseorang melakukan hubungan seksual bersama dengan individu yang telah dijangkiti.

Selain dari ubatan, menghentikan sifilis dari merebak juga penting. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghindari sifilis ialah mengamalkan hubungan seksual bersama seorang pasangan sahaja dan dia bebas dari sifilis, menggunakan kondom, dan tidak mengamalkan seks bebas.

Ubat untuk merawat sifilis bergantung kepada peringkat jangkitan sifilis, namun kebiasaanya penyakit sifilis boleh dikesan pada peringkat awal. Pesakit perlu dirawat dan mengelakkan hubungan seksual pada peringkat awal jangkitan kerana bakteria ketika ini sangat aktif dan senang tersebar kepada orang lain.

Ubat untuk merawat sifilis pada peringkat awal ialah antibiotik. Suntikan Penicillin merupakan antara antibiotik yang paling berkesan dalam merawat sifilis.

Untuk mengetahui ubat mana yang sesuai, dos dan kos sila ke klinik dan berjumpa dengan doktor. Selain itu juga anda dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seksual untuk sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran sifilis.

Dr Ilias,

6 tahun

Hai dan selamat petang.

Apabila seseorang itu dijangkiti sifilis, terdapat beberapa peringkat penyakit sifilis yang perlu kita tahu kerana setiap peringkat mempunyai simptom masing-masing. Peringkat pertama, benjolan kecil boleh berlaku pada kawasan kemalua yang mampu dilihat oleh mata kasar. Benjolan tersebut boleh menyebabkan rasa sakit ataupun tidak. Pada peringkat yang kedua, terdapat ruam kulit pada kemaluan yang bewarna kemerah-merahan. Peringkat yang kedua juga mempunyai simptom-simptom lain seperti demam, sakit tekak, rambut menjadi gugur, sakit kepala, berat badan menurun, penat, dan sakit otot.

Ada juga peringkat yang dinamakan sebagai latent yang membawa maksud di mana ada bakteria di dalam badan tetapi ianya cuma dalam kuantiti yang sedikit justeru tidak menunjukkan apa-apa simptom terhadap pesakit. Peringkat sifilis yang terakhir dimanakan sebagai peringkat tertiari. Bakteria telahpun merosakkan beberapa organ badan pada peringkat ini seperti jantung, otak, saraf dan saluran darah. Sifilis peringkat tertiari sudah tidak boleh lagi diubati sepenuhnya dan ia mampu membawa maut.

Sifilis boleh dikesan awal jika pesakit melakukan ujian saringan awal sifilis. Selain itu juga, sifilis dapat dikenal pasti juga melalui ujian darah, ujian cecair dari benjolan pada bahagian kemaluan dan juga ujian serologi. Ubat yang terdapat untuk merawat sifilis adalah termasuk antibiotik. Jika komplikasi seperti kerosakan organ berlaku, maka pembedahan diperlukan untuk merawat kerosakan organ tersebut bagi sesetengah kes.

Terima kasih untuk soalan anda. Untuk menjawab soalan anda, sifilis adalah penyakit kelamin yang tersebar ke orang lain melalui hubungan seksual. Penicillin adalah antibiotik yang paling biasa digunakan untuk sifilis. Penicillin akan diberikan secara intravena selama dua minggu. Jika anda alah kepada ubat ini, anda akan dirawat dengan doxycycline, azithromycin atau ceftriaxone. Tetapi ubat- ubatan ini tidak oleh dibeli di farmasi kerana ia memerlukan preskripsi doktor.

Oleh itu, saya sarankan encik untuk berunding dengan doktor anda untuk keadaan anda. Izinkan saya untuk menjelaskan tentang jangkitan sifilis. Treponema pallidum adalah bakteria yang menyebabkan sifilis. Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menjangkit jangkitan ini jika anda melakukan hubungan seks yang tidak selamat, dengan beberapa orang atau dengan pesakit sifilis.

Penicillin adalah ubat pilihan untuk sifilis dan kadar penyembuhan adalah tinggi sekiranya anda mendapatkan rawatan yang secukupnya. Ia adalah penting bagi anda dan pasangan anda untuk melengkapkan antibiotik untuk mencegah jangkitan berulang. Anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan seks yang selamat atau elakkan daripada menjalani hubungan seksual untuk sementara waktu.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)