
Sulit
3 tahun
Bacaan normal denyutan jantung ibu mengandung
berapakah jumlah denyutan jantung bagi ibu mengandung ?
sekiranya melebihi 100 apakah kesannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, degupan jantung ibu mengandung tidak disarankan lebih dari 140 degupan dalam masa 1 minit. Secara amnya degupan jantung wanita yang hamil akan sedikit laju. Kebiasaannya ia adalah tidak merbahaya. Akan tetapi sekiranya anda turut mengalami masalah seperti di bawah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Sakit dada
Batuk berdarah
Ritma degupan jantung tidak menentu
Degupan jantung sangat laju
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.