Sulit
3 tahun
Sakit kepala sebelum dan selepas tidur ditambah lagi dengan kadar nadi rendah tidur dan badan terasa sedikit sejuk tapi tak mengigil?
saya lelaki berusia 25 tahun, sewaktu tidur kadar nadi saya turun ssehingga 49 sebanyak 2kali, selepas saya tidur dalam keadaan duduk 45darjah kadar nadi normal sehingga saya tertidor. dalam masa yang sama saya perasan 2/3 hari saya saya rasa belakang kepala berdenyut sebelum dan selpas bangun tidur. sebelum ini saya juga pernah terkejut semasa tidur tapi tak kerap… adakah saya perlu segera jumpa dengan Dr?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut :
- Penyakit gangguan irama jantung (aritma)
- Masalah jantung kongenital
- Radang jantung
- Ketidakseimbanagan elektrolit dalam badan
- Masalah hipotiroid
- Penyakit autoimun
- Kesan sampingan sesetengah ubatan seperti ubat darah tinggi
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh hubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.