Sulit
3 tahun
Bacaan denyutan nadi tinggi
Hi doktor, saya sekarang mengalami batuk tidak berkahak. Tp bukan batuk berterusan. Sy ada periksa tekanan darah, kadar oxygen serta denyut nadi menggunakan blood pressure machine dan pulse oximeter.
Tekanan darah dan kadar oxygen sy berada tahap normal iaitu 120/79 & 98-99% kadar oxygen.
Tapi kadar denyutan nadi saya melebihi 100 walaupun dalam keadaan rehat tidak berbuat apa-apa. Bacaan kedua dua mesin menunjukkan denyutan nadi 100-125 per minit.
Adakah faktor batuk menjadi punca denyutan nadi sy tinggi atau ada masalah lain yg berkait rapat dengan jantung sy?
Sy tidak melakukan sebarng aktiviti berat mahupun sukan. Tapi denyutan nadi tinggi juga
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi iaitu kadar denyutan nadi tinggi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ritma jantung
- Masalah anxiety
- Masalah hormon tiroid
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk segera mendapatkan bantuan bagi mengatasi gejala ini daripada doktor anda atau doktor kami. Bagi nasihat perihal kesihatan jantung, dapatkan konsultasi PERCUMA secara atas talian melaui link di bawah.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.