Sulit
3 tahun
Jantung rasa mcm melompat
Hai doktor saya remaja berumur 15 tahun,berat:107,tinggi 170
Saya sekarang dalam proses untuk mengubah cara pemakanan …saya jenis yang suka sangat minum air manis memang dari kecil dan air kosong sangat jarang dan hanya minum air kosong bila mak/ayah marah dan suruh minum dan waktu demam…jadi pada 30/8 tu memang saya terus stop minum manis dan hanya minum air kosong sampai harini memang air kosong je dan 31/8 tu dada rasa mcm something dkt dada bahagian tengah…bila cek darah tinggi bacaan 120/73,80(pulse) …adakah rasa yang saya alami di dada ni penyebab dia sebab berhenti minum manis dan tukar minum air kosong?
Terima kasih doctor atas jawapan.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk maklumat anda, bacaan darah tinggi 120/73 mmHg adalah dalam lingkugan normal. Kadar denyutan nadi normal adalah dalam lingkungan 75-100 bpm. Oleh itu, anda tidak perlu risau. Kemungkinan ketidakselesaan pada dada boleh disebabkan oleh perkara lain seperti masalah GERD atau gastritis dan bukannya kerana menukar kepada minuman air kosong. Sekiranya anda mengalami gejala sakit dada, kesesakan nafas atau dengupan jantung yang laju, sila rujuk kepada hospital berdekatan untuk bantuan lanjut.
Sekiranya anda masih risau mengenai masalah anda, dapatkan nasihat kesihatan jantung dari doktor kami secara atas talian PERCUMA.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.