Sulit
3 tahun
Right bundle branch block
hi doktor. saya lelaki berumur dalam 20an baru sahaja didiagnos dengan RBBB oleh doktor dalam temujanji terkahir selepas prosedur ECG dilakukan. Adakah penyakit ini tidak berbahaya kerana saya tidak diberi apa2 janjitemu selepas ini untuk follow up check dengan doktor. mohon pencerahan terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, RBBB adalah tanda ECG yang amat umum, boleh dilihat pada ramai orang. Ia bukan sesuatu penyakit yang merbahaya, jangan risau. RBBB boleh berlaku dalam banyak keadaan, dan kebanyakannya tidak berbahaya, tidak akan menyebabkan penyakit selanjutnya atau komplikasi pada masa hadapan.
Selain itu, RBBB juga tiada sebarang pantang larang, anda boleh menjalankan aktiviti harian anda seperti biasa.
Temu janji untuk membuat susulan bagi RBBB adalah pilihan pesakit, cuma sekiranya RBBB anda adalah kerana pembedahan jantung sebelum ini, maka anda memerlukan susulan tahunan untuk pantau kesihatan jantung anda.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan nasihat daripada Pakar Jantung.